This time, aku terasa nak guna topik about football kerana semua entry aku sebelum ni adalah berkaitan ngan KPOP artis sampai ada orang kata aku gila korea pulak. I'm not, ok??? (Ok, maybe just a little).
Bola sepak ialah sukan no.1 di negara kita terutamanya bagi lelaki. Kecik-kecik lagi budak-budak dah boleh main bola. Sangat minoriti orang lelaki yang tak tahu main bola di Malaysia ni.
Anyway, lets reminisce. Bagi korang yang selalu main bola, korang pernah tak terlibat dalam keganasan? In other words, pernah tak korang bergaduh masa main bola? Penyokong-penyokong bergaduh kerana "heat of the moment". Aku akui masa aku around 13-15 tahun 2, 3 kali jugak la aku terlibat dalam pergaduhan sebab bola. Aku sendiri pun pernah bertumbuk dengan orang sebab budak ni kurang ajar sepak kaki aku masa main bola. Aku pun balas sepak kaki dia. Last-last bertumbuk & dileraikan oleh bro-bro gangster yang ada lepak kat situ. Bukan setakat main bola je, main guli, baling selipar, kejar-kejar, ps2 sume boleh buat hati jadi panas kadang-kadang. Tapi aku dah boleh control emosi sekarang. So no worries there.
Datam istilah betul nya keganasan dilakukan oleh penonton ialah Hooliganism.Sejarah Hooliganism ini sebenarnya boleh dikesan dari abad ke 14 lagi. Dan ia dikesan dari negara yang popular dengan liga premier mereka iaitu England. Tempat spesifik yang ada hooligan itu ialah Millwall. Peminat-peminat bola di England sangat die-hard terutama sekiranya mereka menentang kelab musuh ketat mereka. Banyak filem telah dibuat untuk menerangkan tentang hooligan yang terdapat dalam bola sepak antaranya ialah Green Street Hooligans. Sangat-sangat hardcore peminat bola di England. Sampai bunuh-bunuh kerana kalah bola. Hillsborough disaster merupakan antara keganasan dalam bola yang terbesar di England sehingga 96 mati. Hooligan terbaru berlaku pada 1 Disember 2010 semasa perlawanan derby antara Aston Villa dan Birmingham di mana 14 orang cedera. Barang dan mercun dilontar ke padang semasa perlawanan. Pergaduhan juga berlaku di jalanan.
Let's hope that no more hooligans in football in the future becoz a beautiful game is when we enjoy the game without scaring for our life.
No comments:
Post a Comment