12/06/2010

Evolusi Minat Muzik ku....



Untuk post kali ni aku nak cerita pasal perubahan a.k.a evolusi minat muzik aku sejak aku sekolah rendah sampai lah minat aku sekarang.


Era Sekolah Rendah

Bagi aku yang agak kurang kenal dunia ni, masa sekolah rendah lagu - lagu yang aku minat hanyalah dari kumpulan Senario dan Raihan. haha.. innocent gila... well.. baru nak kenal dunia...
tapi aku suka senario sampai apek blah je.. coz dorang dah tak best sejak apek blah... kureng gitu.. hehe..raihan plak ak suke smpai la dorg buang nazrey... puji-pujian....





Era Sekolah Menengah Rendah
Ha time ni aku dah mula nak menerima lagu - lagu daripada luar negara tapi taklah terus nak rock sume.. jiwang & love je mula2. haha. antara artis oversea aku minat time ni ialah Backstreet Boys, Britney Spears yang masih dara time 2, Westlife dan yg seangkatan. da boleh nampakkan genre camne aku minat waktu ni? hehe..
BSB -budak sekolah bangsar LOL
Westlife - aku gay ke sbb minat dorg ni? xla.. minat lagu je.. hee
Britney - so innocent time lagu ni skang da macam haram..
tapi time ni minat aku kat sorang artis malaysia ni memang takde mana2 artis leh lawan ar.. haha korang yang rapat ngan aku msti kenal. Sape? Ya btol!!!!!! TenGok la gambar die ni hehe.. taknak komen lebih-lebih coz memang aku suka giler2 die time ni.. hahahah...
She's just so adorable... Damn u Dato' K!!!!! haha!!!... 
Era Sekolah Menengah Atas
Ok time ni aku masuk sekolah asrama penuh.. yeah Sekolah Alam Shah(SAS) Putrajaya, my school. actually banyak benda yang aku belajar kat sekolah ni. bukan pasal minat lagu je. Cara nak ngorat awek( Reza Ikram playboy - thankz wherever u are for turning me like this), cara taknak bagi kena buli(Brock, Ramo, ANep, Farqhan, Bob - korang memang best even korang suke pau aku) & paling penting cara belajar last minit ( Hazmil - ko ajar aku tak pernah paham tp stil Thanks & Hakim).
time ni ak stil minat Siti.. sori k aku tetap minat siti hingga die mematahkan hati ku dengan memilih lelaki bermisai lebat. haha..
time ni gak aku da mule berjinak - jinak dengan lagu-lagu berunsur rock band, tak kisah la jiwang ke kapak ke old school ke janji band. 
Sebabnye adik aku ada band dan aku adalah vocalis jemputan diorang. So kenalah tahu lagu pe yang dorang boleh main kan?
Lagu - lagu utama yang didengari waktu ni adalah Guns n Roses, punk rock band yang berlambak (Simple Plan, Blink 182, Sum41, Avril-what the hell die punk kot haha), Disagree, OAG.

Best Rock Band for me

Era PLKN & Matrik
Time ni genre aku still sama lagi cume dah diperluaskan sebab time ni baru lah merasa ade handphone sendiri. ya lah dulu mane senang nak dapat phone cam sekarang. Murah je phone color sekarang. Dulu 3310 pun susah nak dapat. huuu.. Aku mula mengenali Slipknot, SOAD, Avenged Sevenfold, Muse, R&B singers like Usher & sebagainya lagi.

Era Universiti Sehingga Sekarang
Ya, era yang memang aku mengalami revolusi hiburan. Sumber untuk hiburan aku telah bertukar ke negara Matahari terbit iaitu Jepun. Minat aku terhadap benda berkaitan Jepun ni semua disebabkan oleh Najib Yahya. Thanks banyak-banyak ye jib. hehe.. untuk lagu- lagu aku minat beberapa kumpulan je. Tak la semua. Paling utama ialah Hello Project Group, News( Yamapi je), Kat-Tun & Arashi ( Boleh la sikit2).


Tengah2 tu la aku.. haha

Tidak lama selepas aku minat lagu - lagu Jepun, Najib bagi lagi aku dengar lagu daripada jiran Jepun iaitu Korea.. pergh. yang ni memang melekat gile sampai sekarang. Bagi aku lagu - lagu daripada Korea ni sedap didengar dan aku senang terime walaupun 1st time dengar. So bermulalah aku menjadi SoNE .. peminat SNSD yang sejati & korean music in general.





F(x) , Shinee & Kara

Afterschool w Son 
Lovely SNSD


So, cukuplah untuk post kali ni. Korang boleh nampakkan minat aku sentiasa berubah - ubah. tu la. Aku ni universal & open minded. Semua boleh terime. hehe.
Anyway, thank you for reading. All da best y'all. Annyeung.. Goodbye. Sayonara. Salam.

1 comment:

Ni best nih, try ar baca