12/17/2010

SNSD - So Nyeo Shi Dae - Girl's Generation

Di petang-petang yang dingin disertai hujan yang turun ke bumi ni aku terasa nak wat entry baru untuk blog aku la.... Da lame rase nye tak update. hehe

OK.. ni entry pertama aku yang menyentuh sepenuhnya pasal SNSD saja.
Dalam entry ni, aku nak rankingkan SNSD members mengikut preference aku. ( ^ _ ^)

9. Hyoyeon
Nama sebenar hyoyeon ialah Kim Hyo-Yeon. Birthday die pada 22 September 1989. That makes her 21 right now. Dalam SNSD, Hyoyeon diberi gelaran "Dance Queen". Ini disebabkan kebolehan & skil dia yang sangat tinggi dalam melakukan tarian-tarian yang komplikated. Hyoyeon amat pakar dalam bidang tarian Popping. Tapi sayangnya kebolehannya tak banyak diketengahkan sangat dalam lagu-lagu SNSD kerana lagu diorang berkonsepkan "cute" and playful. So kita hanya dapat lihat skil Hyoyeon dalam special solo show yang dilakukan sebelum memulakan persembahan nyanyian dan dance battle. 



Dari segi personaliti, Hyoyeon ni bagi aku adalah seorang yang sangat playful, banyak cakap dan kebudak - budakkan kadang - kadang. Semua personaliti ni aku banyak nampak dalam Hello Baby dan variety show yang featuring SNSD saja. 
Kalau variety show yang melibatkan ramai-ramai orang, dia taklah menyerlah 
sangat dan tenggelam. Sebab tu lah die berada kat no.9 dalam ranking aku. Dia pun merupakan pelari terpantas di dalam SNSD. Kira dia lah yang paling atlit. hehe..

8.Seohyun
Seohyun ialah Maknae iaitu yang paling muda dalam SNSD. Lahir pada 28 Jun 1991 dengan nama Seo Joo-Hyun. Merupakan salah seorang penyanyi utama dalam SNSD. Ada suara yang sedap dan syahdu. Pandai bermain piano. Mengalami perubahan mendadak dari segi kecantikan sejak debut sampai sekarang. mungkin die da pandai mekap & makin matang kot. hehe




DULU
Dari segi personaliti, aku rasa Seohyun adalah seorang yang unik dan agak senyap kadang-kadang. Dia tak pernah menyerlahkan diri dalam variety show. Tapi dia tetap unik kerana sikapnya yang rajin membaca dan mempunyai pendirian yang tegas terhadap satu-satu perkara. Nampak sangat dia telah dibesarkan dengan baik. Sampai nak cakap informal pun jadi kaku macam robot. Sangat lawak haha. Sekarang dia tengah digandingkan dengan CN Blue Yonghwa dalam rancangan We got Married sebagai suami isteri. Pada mulanya macam agak dull dorang punye relationship tapi makin lama jadi makin interesting because Seohyun dah makin boleh terima Yonghwa dan hubungan diorang pun dah jadi rapat daripada sebelum ni. Dia pun makin banyak berusaha nak berubah dan lari daripada satu-satu imej saja. Hwaiting Seohyun!!!!
GOGUMA Couple
7.Sooyoung
Sooyoung @ nama sebenarnya Choi Soo-Young dilahirkan pada 10 Februari 1990 dan merupakan 1 lagi dancer di dalam SNSD. Mempunyai figure kaki yang panjang. Mempunyai kebolehan besar di dalam variety show di mana dia boleh imitate ramai artis2 terutama komedian. Bagi aku Sooyoung lagi cute bila rambut die pendek.






Di awal kemunculan



 Dalam kebanyakan variety show aku boleh nampak yang Sooyoung ni playful sama macam Hyoyeon dan suke membuli maknae iaitu Seohyun. Boleh kata macam pemeriah keadaan la die ni. Die jugak dah debut kat Jepun dulu sebelum debut dengan SNSD. So die banyak membantu semasa promosi SNSD di jepun sekarang.

6.Sunny
Sunny @ Lee Sunkyu lahir pada 15 May 1989. Dia sangat cute. Pandai tunjuk aegyo yang boleh mematahkan hati lelaki dan memberangkan hati wanita. haha.. Walaupun saiz badan yang agak rendah, die ade kekuatan bahagian bawah badan yang agak kuat. Die jugak boleh hidup sebagai seorang peladang dan isteri( Invincible Youth), Ibu(Hello Baby), yang baik sebab dalam semua rancangan tu die tunjukkan die memang ade skil untuk buat-buat kerja berat. Die memang queen of variety show dalam snsd sampai die pernah ajar member yang laen pe yang patut nak cakap dalam suatu keadaan. HAHA!!!







5. Jessica

Jessica Jung @ Jung Soo-yeon dilahirkan pada 18 April 1989. Seorang lagi penyanyi utama SNSD. Diberi gelaran Ice Princess kerana mempunyai muka yang sangat blur macam tengah boring. Haha. Jessica mempunyai bentuk figure yang menarik & pernah keluar dalam Star King cara untuk dapat badan macam Jessica macammane. Mempunyai suara yang lunak dan mampu menarik tone yang tinggi. Personaliti Jessica adalah bertentangan dengan Sunny dan jarang sekali menampakkan aegyo dan itu yang membuatkan Jessica cute dan unik dengan cara tersendiri.


With Krystal Fx

4.Taeyeon
Posted Image
Kim Tae-Yeon merupakan leader kepada SNSD dan lahir pada 9 Mac 1989. Merupakan Main Singer dalam SNSD. Ada suara yang sangat sedap dan boleh tarik note-note yang sangat tinggi. Digelar "Kid Leader" kerana perangai yang agak kebudak-budakkan tetapi merupakan leader yang charismatic. Vokal terbaik. Taeyeon gak digelar Ahjumma Taeng sebab gelak cam nyonya gelak. Sangat kuat. Haha.

4.Tiffany
Dilahirkan pada 1 Ogos 1989 sebagai Stephanie Hwang dan nama korea nya Hwang Mi-Young. Lagi satu penyanyi utama SNSD. Mempunyai suara yang serak2 basah sedap didengar. Kalau didengar betul-betul macam suara Britney Spears je. Pada awal debut, Tiffany terkenal dengan eye smile nya yang memang sweet sangat. haha.
Tiffany juga hebat dalam variety show. ni boleh dilihat bila dia jadi guest untuk family outing dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.





1&2 YoonYul
Disebabkan aku tak dapat decide siapa aku lebih suka antara Yoona dan Yuri jadi aku bagi dua2 kongsi tempat pertama. Yeah.. Lagipun diorang memang rapat & sama gila-gila & masuk air. Dorang gak mempunyai peranan sama dalam SNSD iaitu penari dan backup vocal.
Suka ar 2 dpt no.1 hehe

Bes nye dapat no 1 hee



Nama penuh Yuri ialah Kwon-Yuri dan lahir pada 5 Disember 1989. Bagi aku Yuri makin menyerlah sejak lagu Gee dan kebolehan variety show die gak bleh di lihat pada Invincible Youth. Kita dapat lihat macam-macam perangai pelik dia. Tidur sambil duduk. Lidah terjelir bila tidur. Dia gak makin menyerlahkan imej seksi yang ada dan semakin banyak diminati oleh golongan-golongan peminat tua(samchon) fans.





Yoona pulak dilahirkan dengan nama Im Yoon-Ah pada 30 May 1990. Yoona menaikkan namanya dan juga SNSD setelah di cast menjadi pelakon dalam beberapa drama antaranya adalah 9 Ends 2 Outs (2007), Woman of Matchless Beauty(2008), You Are My Destiny(2008), dan Cinderella Man(2009). Disebabkan ini jugaklah Yoona sering dianggap imej SNSD( juga sebab dia sentiasa kat center of SNSD). Pernah menang Best Actress Award utk drama You Are My Destiny. Personaliti Yoona dapat dilihat dalam variety show seperti Hello Baby( YoonYul) dan Family Outing 2. Die bersikap terbuka dan kebudak-budakan kerana sering tease unnie2 nya sampai dorang tension mengikut kata dorang sendiri. Juga boleh imitate komedian dan diberi gelaran alligator Yoon kerana gelak bukak mulut luas2. haha. 




Many expression


Sbelum debut



Thats all 4 this post.. Dan kesemua 9 orang ini membentuk SNSD. 9 Personaliti menjadikan kumpulan ini menarik untuk di observe. What about u guyz? Which one is your favorite? Do comment.


 Appreciate it.
 Right now its Girl's Generationnnnn. 
Annyeunggggg. Salam.


1 comment:

Ni best nih, try ar baca