12/06/2010

Top 10 Best English Series Of All Time....

Korang mesti minat tengok cerita-cerita bersiri english kan? Lagi pulak sekarang ni da belambak - lambak dorang wat series untuk tontotan kt cable tv USA.. so kali ni aku nak senaraikan 10 english series yang terbaik aku pernah tengok....

10. SCRUBS.(9 Musim)
Bagi aku Scrubs bukanlah satu sitkom walaupun ia cerita lawak tapi merupakan satu series yang menggunakan humor di samping menyampaikan moral - moral yang berguna. Scrubs menarik bagi aku kerana  aku suka lawak - lawak yang disampaikan walaupun kadang2 agak kasar dan lucah tetapi mempunyai mesej tersendiri. Majoriti cerita ini melihatkan kita tentang kehidupan seorang intern medical student di Sacred Heart Hospital bernama JD. Beliau mempunyai seorang mentor yang bengis tetapi sering saja memberikan nasihat-nasihat yang berguna( Dr Cox). Di sini juga dia sering diganggu oleh seorang janitor yang bagi aku macam xde keje lain selain dari menyusahkan si JD ni. Seperti biasa hero mesti ade sidekick (surgeon intern student) dan juga heroin(elliot). Sikap2 karakter yang menarik menyebabkan aku tak pernah ketinggalan tengok cerita ni.


9. Reaper
          Reaper menceritakan tentang Sam yang terpaksa menjadi seorang "reaper" dan     menangkap roh2 jahat yang terlepas dari neraka kerana Satan(ketua setan) dah miliki soul die. Cerita ni menarik sebab Sam ni sangat lah useless sepanjang hidup die. So bile die tau die kna wat keje untuk Satan bayangkan je apa yang terjadi bila die berdepan dengan roh - roh jahat. Tambahan pulak kawan dia pun jenis "masuk air" lagi teruk daripada dia. Alat yang dorang guna untuk tangkap roh hantu pn sangatlah pelik sebab alat - alat tu termasuklah vakuum, cangkul, sabit dan macam-macam lagi la alat yang biasa kita nampak. Sangatlah tak cool nak tangkap hantu. Nice one..=)

8.Chuck
Chuck adalah siri aksi - komedi - drama yang amat menarik. Mengisahkan Chuck Bartowski yang menjadi aset berharga USA sebab otak die dah download data2 yang amat penting bagi CIA & NSA yang digelar Intersect. Sejak daripada itu die diletak bawah jagaan 2 ejen iaitu The Hot Agent Sarah & The Mr Tough Guy Casey.
Cerita ni bagi aku biasa je pada awal musim sebab takde pape yang menarik selain daripada Chuck boleh flash & tahu data tentang orang jahat. Tetapi sejak dorang upgrade bagi Intersect boleh ajar Chuck boleh hebat lawan die naik satu anak tangga daripada Reaper. hehe.. nice one too guyz..:)

7. Lost ( 6 Musim)
Cerita ni pasal sekumpulan orang yang terperangkap di suatu pulau setelah kapal terbang dorang Oceanic Flight 815 dari Sydney ke Los Angeles terhempas. Cerita ni menarik. Plot sangat best. Idea sangat-sangat kreatif. Tapi sangat lah banyak flashback membuat aku yang tengok rasa pening kepala nak cantumkan timeline die yang mana 1 bila. Tapi nasib baiklah final season die bes & tak mengecewakan. Dalam cerita ni watak paling aku suka adalah Sawyer. Best, tegas dan keras walaupun kadang2 wat sesuatu tak pikir panjang. Aku tak suka Jack sebab die terlalu baik dan terlalu ego kadang2.

6. Lie To ME
Mengisahkan tentang Lightman Group yang diketuai oleh Dr Carl Lightman di mana kumpulan ni menggunakan cara yang istimewa untuk mencari penjenayah - melalui riak muka & perubahan emosi. Berdasarkan tajuk tu sendiri korang memang tak boleh tipu la dorang ni sebab dorang dah buat study pasal facial recognition dan boleh tau samada korang rasa sedih, marah, gembira, atau benci pada seseorang melalui perubahan riak muka ataupun body language korang tu sendiri. Cara dorang mencari penjenayah yang unik ni lah yang buat aku rasa cerita ni interesting gile daripada terlalu bergantung pada CSI yang memerlukan teknologi yang tinggi. yeah. u guyz are sixth. :P

5. Leverage
Leverage mengisahkan tentang satu kumpulan yang terdiri daripada pencuri professional(Parker), pakar komputer (Hardison), kaki pukul (Elliot) & con artist(Sophie) yang diketuai oleh Nathan Ford, bekas penyiasat insurans. Kumpulan ini menggunakan skil2 mereka untuk membantu golongan - golongan yang ditindas oleh orang korporat dan kerajaan. Tarikan cerita ini adalah macammana dorang dapat memikirkan cara untuk menipu seorang yang jahat di dalam komuniti dan masalah yang timbul di tengah2 plan ini dijalankan lah yang menyebabkan cerita nya sentiasa menarik dan tidak boring.

4. Heroes 





















Heroes umpama X-Man versi orang dalam dunia realiti. Tapi cerita ni lebih fokus pada apa yang kita akan lakukan dan masalah yang akan timbul kalau tiba2 kita ada superpower. Adakah kita akan jadi macam Peter? Cuba melakukan kebaikan atau pun jadi seperti Sylar? Kalah kepada keinginan untuk memiliki semua superpower.
Secara keseluruhannya, aku suka jalan cerita dan susunan plot pada musim 1 dan 2 cerita ni. Tapi makin lama makin macam mengarut pulak bila Hiro boleh ubah-ubah perkara yang dah berlaku sesuka hati. Too much time travel make it so confusing guyz... other than that it just so awesome. & sylar is so cool even he is the villain. hehe

3. Supernatural 
Menceritakan tentang Sam Winchester dan Dean Winchester yang memburu demons dan paranormal yang lain. Cerita ni memang layak masuk top 3 aku. Jalan cerita menarik, hantu-hantu yang xhabis2 dan Sam & Dean yang cool. Tapi bile die da masukkan angel la, God la, archangel la memang aku da tak kisah jalan cerita dia camne lagi. Bagi aku antara dua hero ni Dean yang cool. Tapi masuk last season Sam pulak yang jadi lagi cool daripada Dean. Haha.... So, Number 3 is Supernatural......

2. House MD
Berkisarkan tentang Gregory House (unconventional & misanhtropic)genius perubatan yang mengetuai sekumpulan doktor dalam jabatan diagnostik bagi Princeton‑Plainsboro Teaching Hospital (PPTH). Aku memang minat cerita perubatan & cerita detektif. House pulak ada dua - dua ciri tu dalamnya. Memang sangat menarik sampai membuatkan aku mengharapkan bahawa akan ada 1 House di Malaysia satu hari nanti takde lah doktor - doktor hospital kerajaan yang buat kerja lepas tangan je. huh ( merepek plak). Anyway. Flow of the story sangat menarik even the storyline tentang masalah drug-addicted House dan kes - kes harian yang sampai. 5 Star.

1.Prison Break
And the champion is dam dam dam....... PRison Break... Yeah!!! Cerita terbaik pernah aku tengok. Daripada dialog, storyline, plot, character. Sume terbaik. Scofield memang hebat. T-Bag sangat jahat walaupun insaf sekejap. haha.. 1st season - smart giler cara die nak bebaskan abang die daripada Fox River - guna map kt badan yang disimpan dalam tattoo. Menggunakan orang-orang dalam penjara tu sendiri untuk kepentingan die tapi takkan menarik kalau takde penghalang di tengah - tengah cerita. 2nd season - melarikan diri setelah jadi most wanted man in america. Kali ni dorang dikejar oleh Bellick dan Mahone(bijak & smart macam Scofield). 3rd season - bebaskan diri dari penjara SOna bersama dengan Whistler( Company Man). 4th Season - Scofield dan rakan - rakan direkrut oleh Don untuk mendapatkan Scylla supaya dorang dapat jatuhkan General si Botak kutuk dan Company. Dalam season ni jugak mak Scofield muncul dan menjadi penjahat no. 1 dorang. tetapi semuanya tamat dengan kematian Scofield dan lahirnya Scofield jr. Nice ending & 5 Star.......

So ini lah series2 yang bagi aku 10 yang terbaik pernah aku tengok ek? Ingat tu, maybe ade yang lagi bagus tapi mungkin aku tak tengok lagi. So camne ngan korang plak? What do you all think???????? Jangan segan2 untuk komen.... 
Goodbye. Annyeung. Thanks for reading... Salam

No comments:

Post a Comment

Ni best nih, try ar baca